top of page
Search

Simian Line, Anugerah, Kelebihan dan Kebesaran Allah

  • Writer: lapalaikss
    lapalaikss
  • Mar 1, 2020
  • 2 min read


Simian line? apa tu? simian line ini ialah syndrome yang berlaku kepada sesetengah individu dan boleh dikatakan berlaku hanya 1% daripada 1000 kelahiran.. ianya berkait rapat dengan genetik ibu dan bapa.. mereka yang digelar simian liner ini, memiliki garis lurus di tapak tangan dan tidak sama seperti orang lain.. ada juga simian liner yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka memiliki tapak tangan biasa.. jadi punca berlakunya simian line masih belum diketahui dari segi saintifik..


Saya juga adalah simian liner dalam erti kata lain, tapak tangan saya juga lurus dan tidak sama seperti kawan-kawan aku yang lain.. masa zaman aku sekolah dulu.. ada seorang ustaz ni sedang melakukan kajian mengenai simian liner ni dan dia mencari pelajar yang bergaris lurus seperti aku.. akhirnya ustaz itu berjaya menemui aku dan 3 orang rakan aku yang lain (4 orang ja tapak tangan garis lurus di sekolah aku dulu).


Ramai orang cakap simian liner ni kalau tempeleng orang, boleh mati terus.. ahaha.. aku tak pasti pasal tu.. tapi ustaz saaya beritahu bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin islam zaman dahulu juga tapak tangan bergaris lurus pada masa yang sama berjiwa kepimpinan, kuat keazaman dan juga mati berdarah.. ini bukan ramalan tapak tangan.. tapi sekadar pemerhatian yang dibuat ke atas pemilik-pemilik tapak tangan bergaris lu


Sebelum ni saya tak tau apa yang orang gelar tapak tangan garis lurus ni dari segi saintifik tapi selepas seorang rakan sekelas 1980 (Mat Deghih yang sama Similan Liner juga), baru saya tahu pemilik tapak tangan lurus ni digelar simian liner.. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal simian liner ni boleh search "simian line".. diantara individu terkemuka bertapak tangan garis lurus ini ialah muhammad ali, tony blair, robert de neiro, mozart, hillary clinton, dan mahatma gandhi.




Comments


  • facebook

©2020 by LapaLaikss. Proudly created with Wix.com

bottom of page