Tan Sri Muhyiddin Yasin
- lapalaikss
- Mar 1, 2020
- 1 min read

Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin atas perlantikannya sebagai PM ke-8. Moga beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Negera dan hamba Allah yang bertaqwa.
Mari kita kenal serba sedikit mengenai ayahnya yang merupakan seorang tokoh ulamak di Johor.
--------------‐---------------------------------
Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ( 1902 - 1975 )
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad dan berasal dari Siak, Sumatera.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari . Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid . Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.
Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :
1. Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
2. Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri
Antara anaknya yang dikenali ramai ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin iaitu mantan timbalan perdana menteri .
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
*Sumber - Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
KenaliUlamak

Commentaires